- Syarikat
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Hubungan
Aaron menerima Ijazah Lanjutan dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pentadbiran (MBA) serta Kedoktoran Juri dengan serentak dari Universiti Brigham Young, sambil menerajui bahagian pemasaran bagi syarikat penjagaan kesihatan dan pemakanan multinasional. Sebelum menyertai XanGo, beliau telah melancarkan beratus-ratus produk yang amat berjaya di mana ada di antaranya telah menghasilkan pendapatan berjuta-juta ringgit daripada hasil jualan tahunannya.
Dengan semangat untuk mencuba sesuatu yang luar biasa, Aaron bersama rakan niaganya menubuhkan XanGo pada 2002, sekaligus menyaksikan syarikat itu berkembang pesat di luar jangkaan dalam industri jualan langsung. Sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO), Aaron menerajui perkembangan operasi syarikat ke hampir 30 buah pasaran dunia.
Hasil dari kejayaan besar XanGo, Aaron telah disenaraikan sebagai salah seorang eksekutif di bawah umur 40 tahun paling berjaya (Utah’s Top 40 Under Forty) oleh majalah Utah Business dan selepas itu beliau bersama dengan Pengerusi Lembaga XanGo Gary Hollister telah memenangi anugerah keusahawanan berprestij 2006 Ernst and Young Enterpreneur of the Year Award. Manakala pada Mac 2008, beliau telah dinobatkan sebagai CEO of the Year oleh majalah Utah Business.
Ketika ini Aaron menduduki kerusi majlis CEO bagi Persatuan Persekutuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA) dan juga merupakan ahli lembaga pengarah Persatuan Jualan langsung (DSA). Beliau juga bergiat cergas sebagai ahli lembaga pengarah bagi Provo/Orem Chamber of Commerce. Walaupun Xango terus berkembang sehingga 33 cawangan antarabangsa dengan perkembangan ekonomi global yang kurang memberangsangkan, namun Aaron tetap meneruskan inovasinya dan merangsang para kakitangannya dengan ideanya yang tersendiri.