Mengenai XANGO

Emel Cetak


XANGO, LLC ialah syarikat pertama memasarkan produk minuman premium berasaskan manggis, XANGO® Juice kepada pengguna di seluruh dunia. XANGO Juice memberikan pelbagai khasiat yang terkandung di keseluruhan buah manggis melalui formula tersendiri.

XANGO telah menghasilkan beberapa lagi produk pertama yang juga berasaskan manggis iaitu Glimpse™ Intuitive Skin Care yang bercirikan BioActive X3 Complex™, adunan terperinci ektrak manggis yang diproses menerusi teknologi unik penapaian bio.

Berpangkalan di Utah, XANGO memiliki rangkaian global menerusi lebih 1,000,000 wakil pengedar bebas. Operasinya telah diperluas ke beberapa negara utama termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Jerman dan Malaysia.

Pengasas dan ahli lembaga pengarah Joe Morton adalah orang yang bertanggungjawab buat pertama kalinya menghasilkan produk menggunakan manggis. Cerita-cerita mengenainya kini menjadi sebutan untuk dikongsikan berulang-ulang kali di seluruh dunia yang mana beliau pertama kali menjamah Permaisuri Buah itu ketika berada di sebuah kafe di salah sebuah negara Asia Tenggara. Beliau mendapati rasanya amat luar biasa berbanding buah-buahan lain yang pernah dimakan. Beliau tidak dapat melupakannya. Syarikat ini sangat beruntung kerana beliau tidak lupa akan keenakan rasa buah manggis itu.

Ia dilihat sebagai satu penemuan kecil yang mencetus kepada pelbagai penemuan lain. Secara keseluruhannya, ia telah merubah lanskap bagi buah manggis.

 
 
 
©2017 DBC, LLC