Alex Treharne, Timbalan Presiden Kanan, Asia Pasifik

Emel Cetak


Alex Treharne

Alex Treharne merupakan Timbalan Presiden Kanan XanGo di Rantau Asia Pasifik. Beliau menyertai syarikat ini pada Januari 2010.

Alex Treharne telah bekerja di dalam industri jualan langsung selama hampir dua dekad dan telah menghabiskan lima belas tahun bekerja di Asia. Alex memulakan kariernya di Nu Skin Enterprises di mana beliau memegang beberapa jawatan eksekutif pengurusan, termasuk Timbalan Presiden Jabatan, Timbalan Presiden, Perancangan dan Pemasaran Strategik, Nu Skin Jepun dan Ketua Pegawai Operasi, Nu Skin Jepun. Kemudian, Alex telah dilantik oleh Tupperware Brands Corporation untuk menjawat jawatan Presiden dan Pengarah Urusan Tupperware Jepun. Di samping itu, Alex juga berkhidmat sebagai ahli lembaga dalam Persatuan Jualan Langsung Jepun.

Alex memperolehi ijazah dalam Falsafah dan Kesusasteraan Jepun dari Universiti Brigham Young. Alex dan isterinya, Erika mempunyai empat orang anak dan mereka gemar melakukan aktiviti bersama-sama seperti selam skuba, bermain papan luncur ais, dan eko-pelancongan.

 
 
©2010 DBC, LLC