- Syarikat
- Produk
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Goodness
- Hubungan
Log Masuk Pengedar
Brian merupakan Timbalan Presiden Perkhidmatan Korporat XanGo. Beliau menyertai XanGo pada Januari 2006.
Brian berperanan menyelia Pusat Panggilan Pengedar, operasi Sumber Manusia global, Keselamatan Korporat, dan Perkhidmatan Surat-menyurat. Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman mengetuai operasi syarikat Fortune 500 di seluruh dunia. Oleh sebab itu beliau mempunyai keupayaan mengendalikan masalah global yang dihadapi oleh XanGo yang sedang berkembang.
Sebelum menyertai XanGo, Brian telah bekerja di Intel Corporation dan berperanan mengendalikan sepasukan pengurus projek bagi menyokong pusat kontak/panggilan dalaman global syarikat ini. Brian juga menguruskan kumpulan yang bertanggungjawab menyediakan penyelidikan dan cadangan modal insan kepada usaha pengembangan seluruh dunia Intel di India, Filipina, Ireland dan Malaysia. Di samping itu, Brian juga berjaya menjalankan tanggungjawabnya di luar negara dengan menyelia operasi pekerja Intel di Malaysia. Sebelum bekerja dengan Intel, Brian bekerja dengan salah sebuah bank terbesar di Charlotte, NC. Semasa bekerja di situ, beliau telah mengetuai operasi pengurusan dengan mempunyai pekerja seramai 130 orang yang bertanggungjawab terhadap polisi sumber manusia serta pentadbiran gaji dan faedah kepada lebih daripada 70,000 orang pekerja.
Brian memiliki ijazah AA dalam Sastera Liberal dari Kolej Long Beach City, Ijazah Sarjana Muda Sejarah dari Universiti Brigham Young, dan ijazah MPA dari Universiti Utah. Beliau juga aktif dalam komunitinya di bandar Alpine, Utah dengan berkhidmat sebagai Pengerusi kepada Board of Adjustments dan merupakan ahli Suruhanjaya Perancangan.
Pada waktu lapang, Brian gemar menghabiskan masa dengan isteri dan empat orang anaknya. Beliau minat membaca, memancing dan bermain golf.