- Syarikat
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Hubungan
Brian Carmack menyertai XanGo pada Disember 2008 untuk menyelia perniagaan antarabangsanya yang giat berkembang. Ia termasuklah pelan pengembangan, operasi, jualan dan pemasaran. Beliau menyumbangkan pengalamannya yang melebihi 15 tahun dalam perniagaan antarabangsa, termasuk kepimpinan eksekutif yang luas dalam bidang jualan langsung dan industri nutrisi dari syarikat-syarikat seperti Melaleuca, Inc. dan Weider Nutrition International.
Sebelum menyertai industri jualan langsung, Brian ialah seorang eksekutif perniagaan yang berjaya. Beliau mengetuai bahagian pemasaran dan barangan sukan sebuah syarikat dari permulaan sehingga mencapai keuntungan dengan jualan tahunan kira-kira $100 juta. Kejayaan beliau telah membolehkan dirinya dilantik ke dalam lembaga penasihat peruncit NFL dan dimartabatkan sebagai salah seorang daripada “50 orang paling berpengaruh dalam barangan sukan” oleh Sports Style Magazine.
Beliau menerima Ijazah dalam bidang Kewangan dan boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol dengan lancar setelah menetap di Mexico selama tiga tahun. Beliau dan isteri mempunyai empat orang anak dan tiga orang cucu. Kegemaran Brian ialah bermain tenis, bermain ski, mengangkat berat dan membaca.