Bryan Davis, Pengasas/Ahli Lembaga Pengarah

Mempunyai beberapa kerakyatan dengan rakan-rakan yang berstatus tinggi. Seorang peguam, penyayang dan mengutamakan keluarga.

Emel Cetak


Bryan Davis

Bryan Davis telah membawa XANGO kepada dunia, dari satu negara ke satu negara yang lain.

Mewakili syarikat sebagai duta besar untuk pasaran antarabangsa yang sedia ada dan akan datang. Bryan secara strategik telah membina perhubungan yang produktif dengan kerajaan, industri dan wakil-wakil perdagangan di seluruh dunia. Beliau sentiasa ke sana sini, mencadangkan agenda-agenda agresifnya untuk memudahkan XANGO berkembang dengan pantas.

Sebagai seorang pendakwaraya yang berpengalaman, Bryan telah memegang peranan penting dalam perkembangan XANGO, memimpin syarikat melalui undang-undang global, tanda dagangan dan pematuhan pada tahun-tahun awal penubuhannya. Beliau juga berperanan dalam mengupah penasihat umum undang-undang syarikat dan kakitangan yang telah bertungkus lumus sehingga ke hari ini.

Sebelum mengasaskan XANGO, Bryan telah memiliki sebuah firma guamannya sendiri dan dilantik sebagai pengarah perkhidmatan perundangan di salah sebuah firma terkemuka. Beliau merupakan kelulusan Universiti Brigham Young serta memperolehi Juris Kedoktoran daripada Universiti Puget Sound School of Law.

Bryan dan isterinya, Darlene gemar meluangkan masa lapangnya dengan aktiviti luar bersama lima anak mereka, terutamanya bergurau senda dengan cucu-cucu mereka.

 
 
©2012 DBC, LLC