- Syarikat
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Hubungan

Rakan kebajikan terkemuka XanGo, Operasi Kanak-kanak merupakan sebuah organisasi Kebajikan Awam 501 (c)(3) yang banyak menyokong pelbagai kumpulan kebajikan kanak-kanak yang efektif dengan penyediaan tabung-tabung dan pelbagai sumber keperluan lain. Operasi Kanak-kanak itu menyediakan semua keperluan kanak-kanak termasuk pendidikan, keselamatan, persekitaran dan kesihatan menerusi bantuan kebajikan. Operasi Kanak-kanak ini membina satu kriteria yang menentukan sama ada kebajikan kanak-kanak terbabit terjamin menerusi operasi-operasi dan cukup dengan pelbagai sumbernya untuk membolehkan mereka membuat keputusan mengenai saluran.
XanGo membantu badan-badan Kebajikan Operasi Kanak-kanak berikut:
Sejak 1949, Perkampungan Kanak-kanak SOS amat komited terhadap melindungi hak kanak-kanak, keperluan dan memberi perhatian di lebih 132 negara. Dengan memberi tumpuan terhadap asas kekeluargaan, memberi perlindungan untuk tempoh jangka panjang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai harapan untuk membesar bersama keluarga asal mereka, Perkampungan Kanak-kanak ini menawarkan hubungan pertalian yang sepatutnya, iaitu satu tempat untuk memulihkan keadaan daripada pengalaman traumatic mereka. Dan yang lebih penting ialah kasih sayang. Kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran kekeluargaan yang amat stabil dan dibantu secara individu sehingga mereka dewasa dan mampu hidup sendiri.
Yayasan Harapan Kanak-kanak Kanada bergerak bersama masyarakat untuk membantu kanak-kanak yang hidup dalam keadaan berisiko tinggi termasuk mereka yang menghidap penyakit sukar diubati, demi untuk memberi harapan dan sokongan sebagaimana yang diperlukan. Sehingga kini, lebih 14,000 harapan telah ditunaikan sejak penubuhannya pada 1984. Setiap kanak-kanak terbabit dapat menikmati kualiti hidup yang lebih terjamin termasuk pengalaman gelak tawa, berkongsi kejayaan dan pelbagai kenangan manis bersama dengan orang yang paling penting dalam kehidupan mereka. Ia mensasarkan untuk menunaikan kira-kira 900 harapan setahun.
Program Kanak-kanak Jalanan Tuloy sa Don Bosco Street disasarkan untuk mempromosikan pendekatan komprehensif dalam usaha memenuhi keperluan fizikal, ekonomi, psyko-sosial, moral dan spiritual kanak-kanak jalanan. Ia dapat dicapai dengan meningkatkan capaian kepada perkhidmatan sosial,penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan meletakkan perkhidmatan, membawa mereka kepada satu tahap di mana mereka boleh mendapat pekerjaan. Pendekatan ini menggunapakai beberapa tahap campurtangan untuk berurusan dengan pelbagai keperluan mereka.
Operation Senyum ialah satu bentuk kebajikan mengenai kesihatan kanak-kanak seluruh dunia yang dikhusukan untuk membantu menambahbaikan taraf kehidupan kanak-kanak yang dilahirkan dengan beberapa kecacatan seperti sumbing bibir, sumbing lelangit atau lain-lain kecacatan muka. Operasi Senyum itu diasaskan oleh Dr William P. Magee Jr. seorang pakar pembedahan plastik dan isterinya, Kathleen, seorang jururawat dan pekerja sosial klinik. Pada 1982, keluarga Magee berkunjung ke Filipina dengan sekumpulan sukarelawan perubatan untuk membantu kanak-kanak sumbing. Mereka menemui ramai kanak-kanak yang mengalami kecacatan seperti itu. Walaupun mereka sudah membantu ramai kanak-kanak terbabit, namun para sukarelawan terpaksa menolak banyak permintaan daripada mereka yang masih memerlukan bantuan. Keluarga Magee melihat akan keperluan mendadak itu, maka bermulalah Operasi Senyum.
Matlamat Globus Relief ialah menambahbaikan penyediaan penjagaan kesihatan kepada yang memerlukan dengan menghimpun, memproses dan mengedarkan ubat-ubatan serta lain-lain keperluan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di AS atau negara lain.
Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Taiwan mempromosikan inisiatif untuk menjaga golongan istimewa, sakit dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Antara program aktif yang dibawakan ialah satu siri Kem Musim Panas yang perbelanjaannya dibantu oleh XanGo. Satu aspek unik kem ini ialah penggunaan muzik dan terapi seni yang khusus dicipta untuk kakak-kanak kurang upaya itu sambil membantu mereka menikmati kehidupan lebih baik.
Vitamin Angels organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan pemakanant yang diperlukan dalam bentuk makanan tambahan kepada negara-negara membangun, masyarakat dan individu yang memerlukan. Vitamin Angels amat sensitif dengan isu kanak-kanak buta dan merancang untuk menghapuskan buta di peringkat kanak-kanak itu menjelang tahun 2020 menerusi pengedaran sistematik vitamin A kepada kanak-kanak yang berisiko. Hanya dengan AS$1 sudah cukup untuk mengisi tabung bagi membantu melindungi penglihatan seorang kanak-kanak. Dalam pada itu, Vitamin Angels menaja beberapa program membekalkan multivitamin kepada kanak-kanak berisiko dan makanan tambahan kepada ibu-ibu yang mengandung.
Sekutu Kesihatan Global University Utah (UUGHA) adalah rangkaian fakulti, pelajar dan kakitangan yang menyediakan pendidikan perubatan kemanusiaan dan sebagainya untuk penjagaan kesihatan yang mampan bagi segara-negara sasaran. Program ini menitikberatkan prinsip latihan, pengajaran dan menyokong apa juga model yang telah terbukti sebagai pendekatan paling berkesan untuk membantu hingga ke peringkat antarabangsa. Tumpuan mereka ialah di negara-negara membangun.