- Syarikat
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Hubungan

Klik soalan untuk keterangan lanjut
Sebuah syarikat jualan langsung terkemuka, XanGo, LLC telah diiktiraf dalam kategori pencipta dan menjadi syarikat pertama memasarkan minuman berasaskan manggis, XanGo® Juice kepada pelanggan di seluruh dunia. Ketika ini XanGo beroperasi di lebih 20 pasaran antarabangsa dengan lebih 1 juta wakil pengedar bebas.
Alasannya boleh dirumuskan ke dalam satu perkataan saja iaitu ‘tindakan’. Pemasaran berangkaian adalah tindakan untuk membawa produk mengujakan ini terus kepada pelanggan yang memerlukan dengan lebih cepat berbanding lain-lain kaedah pemasaran. Ia adalah tindakan bagi seseorang individu itu membina satu perniagaan yang unik dan bebas dengan risiko yang kecil ke atas modal mereka. Ia adalah tindakan yang paling tulen bagi menjual, jualan dari seseorang-ke-seseorang yang sudah pasti membawa banyak kebaikan kepada mereka yang terbabit.
Kami memiliki banyak sumber manggis dari kawasan Asia Tenggara yang mampu menyokong rancangan pengembangan dan matlamat kami. Perkongsian strategic XanGo dengan peneraju perkilangan global memastikan sumber dan keupayaan pengeluaran sentiasa memenuhi standard pengeluaran yang tinggi.
XanGo Goodness merupakan badan gerakan amal dunia yang menggunakan sumber daya global syarikat untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan. Rakan korporat XanGo, wakil pengedar, kakitangan dan pelanggan yang meluangkan masa dan wang ringgit untuk membiayai pelbagai usaha kebajikan untuk kanak-kanak, keluarga dan masyarakat. Untuk keterangan lanjut mengenai program kebajikan global XanGo, sila lawati bahagian XanGo Goodness.
Kami menggalakkan kepada semua orang untuk bertanya, memberi komen atau mengambil tahu di bahagian Hubungi Kami.
Ibu Pejabat XanGo ialah di
2889 Ashton Blvd.
Lehi, UT 84043
Pelawat amat dialu-alukan ke sini dari Isnin hingga Jumaat antara jam 8 pagi – 5 petang.
Capaian kami ialah global – kini XanGo, LLC beroperasi di pelbagai pasaran antarabangsa. Lihat XanGo WorldWide Seluruh Dunia untuk mendapatkan senarai penuh pasaran XanGo.
Klik soalan untuk keterangan lanjut
XanGo Juice ialah minuman asli manggis yang amat menyegarkan, manis, masam dan warna semulajadi buah manggis. Formula pati tersendiri XanGo Juice, menggunakan keseluruhan buah manggis dari kulitnya yang gelap, bahagian dalam kulit berwarna ungu kemerahan yang amat berkhasiat hinggalah kepada isinya yang putih – dengan kesemua manfaat buah manggis itu diberikan dalam keadaan semulajadi.
Meskipun ramai semua orang tahu mengenai kebaikan antioksidan di dalam vitamin C dan E, namun tidak ramai tahu kuasa antioksidan xanthone. Xanthone adalah khasiat phyto paling , khasiat semulajadi yang biasa terdapat dalam tumbuh-tumbuhan, dan ia banyak mendapat banyak pujian daripada para saintis dan penyelidik.
Nama XanGo diperoleh dari gabungan dua perkataan iaitu XAN dari xanthone dan GO dari ‘mangosteen’.
Ramai para penyelidik di seluruh dunia memiliki persoalan yang sama. Manggis dan kulitnya yang kaya dengan sumber xanthone telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dulu dan xanthone telah menjadi subjek utama dalam penyelidikan saintifik yang positif. Sehinggalah Joe Morton bersama lain-lain pengasas XanGo mengambil beberapa langkah perlu untuk membawa buah manggis ini berserta pelbagai manfaatnya kepada dunia ketika belum ada orang lain yang nampak visi ini. Oleh itu, XanGo adalah asli, pencipta kategori sebenar.
Buah manggis terdapat banyak di negara-negara Asia Tenggara dan menjadi buah kebangsaan bagi Thailand. Ia juga merupakan buah delikasi yang hanya tumbuh dalam persekitaran yang amat sempurna. Terdapat banyak juga negara lain yang ingin menanam pokok manggis, tapi kejayaan mereka amat terhad seperti Australia, sedikit di Amerika Selatan dan kawasan Caribbean.
Sudah tentu, kerana manggis ada perlindungan semulajadi daripada serangga perosak termasuk getahnya yang berwarna kuning akan membunuh sebarang bentuk ancaman serangga perosak. Oleh sebab itulah, tiada sebarang pengguna racun makhluk perosak digunakan dalam penghasilan buah manggis untuk mengeluarkan produk XanGo. Dalam pada itu, XanGo memilih untuk tidak menggunakan sebarang rawatan berasaskan kimia ketika musim memetik buah manggis.
Kulit manggis yang kaya dengan sumber Xanthone membantu menyediakan kuasa khasiat yang didapati di dalam XanGo Juice sementara isinya bertindak menjadi perasa yang amat enak. XanGo Juice dibuat daripada pati yang diperolehi dari keseluruhan buah manggis termasuk kulit, isi dan bijinya. Beberapa jus buah-buahan lain dicampur mengikut rahsia formula kami untuk meningkatkan lagi perisa kulit manggis itu, maka terciptalah rasa unik XanGo Juice.
XanGo Juice adalah adunan semulajadi menggunakan keseluruhan buah manggis tanpa sebarang ekstrak. Oleh sebab itulah XanGo menghasilkan manfaat dari kesekuruhan buah manggis yang mungkin terdapat sedikit perbezaan dari satu kelompok pengeluaran ke satu lagi kelompok pengeluaran yang lain bergantung kepada variasi semulajadi buah tersebut.
Kulit buah manggis sangat kaya dengan kandungan xanthone semulajadi. Walaupun ia telah dijadikan pati, unsur-unsur asal kulit manggis itu kekal pejal dalam bentuk cecair. Namun, setiap botol mengandungi formula XanGo yang sama, disebabkan oleh faktor penempatan maka beberapa botol kelihatan memiliki kandungan lebih pejal. Mudah saja, goncang botol sebelum diminum.
Tidak pernah diketahui jika terdapat indikasi kontra di antara XanGo Juice dan ubat-ubatan lain. Bagaimanapun, sekiranya anda mengambil sebarang ubat atau sudah tahu kondisinya, maka adalah lebih baik mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mengambil XanGo Juice.
Ya, XanGo Juice diperbuat dari pati keseluruhan buah manggis (Garcinia mangostana). Ia mengandungi konsentrasi semulajadi tertinggi bagi manfaat xanthone dan jumlah yang banyak faedah semulajadi tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai phytonutrient. Bertanggungjawab ke atas pigmentasi di dalam unsur botanikal, phytonutrient mengandungan jumlah antioksidan yang tinggi. XanGo Juice memenuhi standard keselamatan dan pengeluaran yang tinggi dan telah diuji selamat untuk diminum oleh seseorang yang berumur di antara 2 hingga 90 tahun. Ujian bebas Consumer Labs telah mengesahkan XanGo Juice adalah bebas daripada sebarang kandungan yang dilarang dan sesuai diambil oleh semua peringkat atlit. Jumlah XanGo Juice yang diambil bergantung kepada saiz badan seseorang, dan lebih baik agar anda mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu sebelum memulakan sebarang program pemakanan.
Kami memiliki program perkongsian pengeluaran dengan gergasi industri pengeluaran makanan dan minuman yang menepati standard persijilan ISO 9001. Sebelum anda mengambil XanGo Juice, ia telah melalui lebih 220 ujian kualiti untuk memastikan ia menepati standard tertinggi di dunia dari segi kebersihan dan kualiti.
Sudah tentu. Undang-undang kerajaan mengkehendaki sama ada proses pempasturan untuk keselamatan pengguna atau label amaran yang memungkinkan adanya kandungan mikrob di dalam produk yang tidak dipasturkan. Kajian menyeluruh telah membuktikan proses-proses terbabit tidak mendatangkan kesan terhadap kandungan xanthone atau efikasi di dalam XanGo Juice, lebih-lebih lagi manggis ialah satu daripada banyak buah-buahan yang mampu mengekalkan kandungan khasiatnya walaupun dipanaskan.
Sementara XanGo Juice mampu mengekalkan jangka luputnya selama dua tahun di dalam botol yang belum dibuka, adalah lebih baik sekiranya anda sentiasa melihat kepada label tarikh “Baik Sebelum…” di bahagian bawah setiap botol. Apabila ia telah dibuka, botol tersebut hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan mestilah dihabiskan dalam tempoh 30 hari.
Tidak ada sebarang penggunaan gula tambahan di dalam XanGo Juice kerana ia mengandungi fruktos yang wujud secara semulajadi.
Buah-buahan yang digunakan sebagai formulasi XanGo Juice mengandungi potasium sebagai komponen semulajadi. Analisis kami menunjukkan jumlah potasium ialah 210mg/100g. Iaitu kira-kira 140mg bagi setiap hidangan 2 auns.
Tidak. XanGo Juice bebas daripada MSG.
Tidak. XanGo Juice bebas gluten secara semulajadi.
Tidak. XanGo Juice tidak mengandungi vitamin K.
Tidak. XanGo Juice tidak mengandungi sebarang unsure sulfur.
Tidak. XanGo Juice tidak mengandungi sebarang silikat.
Tidak. XanGo Juice bukanlah Kosher.
XanGo Juice tidak diiktiraf sebagai organik, bagaimanapun buah manggis yang digunakan di dalam XanGo Juice adalah bebas dari sebarang penggunaan racun serangga perosak. Dalam pada itu, XanGo Juice adalah unik kerana menggunakan pati dari keseluruhan buah manggis berbanding hanya jus pekat daripada "permaisuri buah" ini.
XanGo Juice memiliki level anggaran pH 3.6.
Klik soalan untuk keterangan lanjut
Bioflavonoids, juga dikenali sebagai flavonoid terdapat di dalam buah manggis. Flavonoids bertindak sebagai pewarna di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Catechin dan Proanthocyanidin merupakan dua komponen bioflavonoid yang kebetulan terkandung dengan jumlah yang signifikan di dalam buah manggis.
Catechin ialah kompaun kimia phyto. Disebabkan oleh keupayaan antioksidannya, catechin sering dirujuk sebagai ‘flavonoid teh’ dan telah dikaji oleh kebanyakan saintis di seluruh dunia.
Proanthocyanidin ialah antioksidan flavonoid.
Klik soalan untuk keterangan lanjut
Seseorang wakil pengedar bebas XanGo adalah orang biasa atau entiti yang masuk ke dalam perjanjian sebagai wakil pengedar XanGo. Wakil pengedar bebas XanGo layak untuk memesan produk pada harga borong dan menjual semula produk kepada pengguna untuk keuntungan. Wakil pengedar bebas XanGo juga boleh merekrut pengedar baru dan menerima komisen dari setiap jualan produk mengikut peruntukan pelan kompensasi penghargaan XanGo.
Dengan hanya menandatangani perjanjian sebagai wakil pengedar bebas XanGo. Terdapat tiga cara untuk memohon menjadi pengedar: 1) Pos atau fakskan borang permohonan yang lengkap, 2) anda boleh melengkapkan borang permohonan melalui Internet, atau 3) anda boleh melengkapkan permohonan menerusi telefon. Dua pilihan terakhir itu memerlukan wakil pengedar baru untuk menghantar salinan borang yang telah ditandatangani yang terdapat did alam Kit Pengedar dalam tempoh 30 hari. Bagaimanapun, XanGo menggalakkan pemohon untuk mendapatkan bantuan penaja untuk menyertai XanGo.
Seseorang pengedar bebas boleh memesan XanGo Juice dengan cara 1)menelefon jabatan Pesanan Masuk, 2) pos atau faks borang pesanan, atau 3) membuat pesanan menerusi Internet. Kami menerima pelbagai bentuk bayaran termasuk Visa, MasterCard, Discover, American Express, cek, pesanan wang dan tunai. Bagaimanapun, jangan kirimkan wang tunai. XanGo juga tidak menerima salinan cek atau pesanan wang.
Ya. XanGo Juice boleh dibeli dari wakil pengedar bebas kami atau program jualan XanGo. Untuk membeli XanGo Juice sekarang, lawati shop.xango.com atau hubungi 1.877.GO.XANGO.
Seseorang pengedar yang paling berjaya memiliki matlamat untuk dicapai, dan mempunyai sikap positif yang mesti dicapai untuk ke tahap itu.
Tidak. Kos untuk memiliki perniagaan XanGo ialah yuran keahlian sebanyak AS$35. Ia merupakan yuran yang murah untuk menjadikan setiap orang pengedar XanGo.
Seperti lain-lain syarikat, XanGo mengumpul dan mengenakan cukai jualan berdasarkan kepada harga runcit.
Ia mendatangkan faedah kepada pengedar bebas kerana masa mereka tidak terbuang dan tidak bimbang terhadap himpunan dan pengenaan cukai jualan ke atas perniagaa XanGo mereka. Kini mereka bebas menumpukan kepada usaha pengedaran dan memupuk organisasi pengedaran yang menepati standard keperluan cukai jualan tempatan.
Bagaimanapun, sekiranya seseorang pengedar itu hendak menguruskannya sendiri, proses-prosesnya ialah: 1) mendaftar dengan agensi cukai jualan tempatan, dan 2) menghantar sijil pelepasan cukai jualan kepada kumpulan Perkhidmatan Pelanggan XanGo. Sekiranya para wakil pengedar itu mengikuti kesemua proses, tiada cukai dikumpulkan ke atas setiap pesanan. Kepada semua pengedar, kami amat menggalakkan sekiranya mereka mendapatkan nasihat perunding cukai untuk panduan yang menepati kehendak isu cukai jualan negeri masing-masing.
Ia disebabkan XanGo didaftarkan dengan agensi percukaian tempatan dan mengenakan cukai jualan, kami berhak untuk mengenakan cukai jualan ke atas semua pesanan tidak kira di mana mereka berada. Kepada pengedar yang membuat tempahan secara online, polisi baru kami mengelakkan mereka daripada posisi kepayahan mengurus cukai ke atas produk yang dibeli.
Apabila anda menjadi pengedar, anda sudah mula menjadi rakan niaga XanGo. Kejayaan anda adalah kejayaan kami juga, maka perkongsian ini adalah sesuatu yang XanGo laburkan secara besar-besaran. Anda juga boleh menyertai mesyuarat korporat XanGo dan sokongan tajaan, anda akan menerima Kit Pengedar yang mengandungi beberapa alat bantuan jualan dan bahan sokongan untuk membantu anda memulakan jualan. Kami juga memiliki kakitangan pusat panggilan yang amat terlatih di mana mereka akan membantu pelanggan dan memasukkan pesanan anda. Kami juga mempunyai laman web dengan keupayaan ‘pejabat belakang’ untuk memudahkan anda menjejaki pertumbuhan perniagaan dan perkembangannya.
Keseronokan membentuk rangkaian pemasaran XanGo ditentukan oleh anda sendiri, ia berasaskan usaha dan jumlah organisasi bawahan anda, dari situlah anda tentukan berapa banyak keuntungan yang anda boleh buat.
Di samping yuran keahlian tahunan, tidak ada bentuk pelaburan lain yang diperlukan. Bagaimanapun, pengalaman menunjukkan belian daripada seorang pengedar yang berjaya ialah membeli satu atau dua peti XanGo Juice setiap bulan.
Program Sarahan Automatik XanGo (ADP) ialah kaedah mudah untuk memastikan satu atau dua peti XanGo Juice dihantar terus ke pintu rumah setiap bulan.
Hanya beritahu kami dengan menandatangani permohonan menukar ADP dan fakskan ke 801.816.8159 atau poskan ke P.O Box 900, Lehi, UT 84043-0900. Permohonan yang ditandatangani mestilah sampai sebelum 9 haribulan setiap bulan untuk memastikan ia diproses untuk bulan tersebut. Kami tidak boleh menjamin proses itu boleh dilakukan untuk bulan tersebut jika ia sampai selepas 9 haribulan.
Pelan Kompensasi XanGo memberi penghargaan kepada pengedar daripada setiap jualan runcit yang dibuat atau belian persendirian yang dibuat oleh organisasi bawahan. Ia mengambil setiap kelebihan, pelan kompensasi XanGo menghargai pengedar secara mingguan, bulanan atau secara suku tahunan. Lihat pelan kompensasi untuk keterangan lanjut.
Tiada had berapa ramai pengedar baru XanGo yang boleh anda taja. Biasanya, pengedar yang lengkap akan menaja seramai tiga atau lebih orang bawahan.
50% daripada setiap harga belian dibayar semula kepada pengedar menerusi pelan kompensasi XanGo. Tidak akan ada penipuan.
PowerStart menyediakan komisen pengedar secara mingguan. Rujuk pelan kompensasi untuk keterangan lanjut.
Global Bonus menyediakan bonus kepada pengedar XanGo setiap suku tahun. Rujuk pelan kompensasi untuk keterangan lanjut.
Klik soalan untuk keterangan lanjut
Anda boleh memperbaharuinya dengan membayar Yuran Bahan dan Pembaharuan Tahunan. Anda boleh pergi secara online dan membayar terus di Pejabat Belakang XanGo, hubungi pusat perkhidmatan pelanggan, atau hantarkan cek atau pesanan wang.
Ya, syarikat ini akan menghantar bil secara automatik kepada pelanggan sebulan sekali.
Syarikat akan menghantar bil pengedar secara automatic setiap bulan. Adalah menjadi tanggungjawab para pengedar untuk memaklumkan kepada XanGo jika mereka mahu berhenti menjadi pengedar.
Yuran pembaharuan secara formalnya bertajuk Yuran Pembaharuan Tahunan dan Bahan-bahan, yang merangkumi kesemua bahan-bahan untuk seorang pengedar disediakan oleh syarikat untuk tempoh setahun. Jika negara tempat anda tinggal mengenakan cukai ke atas bahan itu, maka kami akan mengenakan cukai kepada anda.
Para pengedar mungkin akan diberitahu melalui emel, poskad atau telefon mengenai bila dan bagaimana hendak memperbaharui keahlian.
Ya. Tempohnya ialah selama 60 hari selepas tamat tarikh membayar yuran memperbaharui keahlian.
Sekiranya syarikat tidak mendapat maklumat hubungan yang tepat, maka syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas kesulitan untuk menghubungi pengedar disebabkan maklumat peribadi yang salah.
Pengedar akan membeli produk dari kami dengan harga borong dan boleh membeli alat bantuan jualan. Pengedar juga boleh menaja wakil jualan baru, membina organisasi bawahan, dan mendapat komisen dari setiap jualan produk. Produk yang dibeli oleh pelanggan secara terus dari kami adalah pada harga runcit dan tidak boleh membeli alat bantuan jualan. Pelanggan tidak boleh menaja wakil penjual baru atau tidak layak mendapat komisen.
Ya. Semua akaun runcit layak memilih penaja apabila mendaftar sebagai pengedar baru.
Anda masih mempunyai tempoh 60 hari sebelum akaun diubah menjadi akaun Pelanggan Runcit.
Tidak. Apabila akaun sudah ditukar menjadi akaun pelanggan runcit, maka hak-hak pengedaran sebelum ini akan luput. Pelanggan runcit tidak boleh menjadi pengedar, menerima komisen dan memesan produk borong.