XANGO Login
Daniel Laroque(lebih dikenali sebagai Dany) telah menyertai XANGO pada 2009 dan bertanggungjawab mengembangkan peluang XANGO ke Rusia, Ukraine dan Kazakhstan sebagai presiden XANGO CIS. Semasa menjawat jawatan CXO, Dany telah menggunakan pengalamannya selama 18 tahun dalam jualan langsung di Eropah untuk mendorong kejayaan dan perkembangan berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Selama 25 tahun yang lalu, Dany telah mendedikasikan khidmat profesionalnya kepada pengurusan eksekutif di Eropah. Pada 1994, selepas mencapai kejayaan profesionalnya sendiri, dia telah mengambil keputusan untuk mencurahkan bakat dan usahanya untuk mendidik orang lain cara mencapai kejayaan, matlamat dan memperbaiki cara hidup menerusi pemasaran berangkai. 16 tahun yang lalu, beliau telah berjaya membantu banyak pembukaan dan pembangunan pasaran baru syarikat yang telah memberi kesan kepada sepuluh daripada seribu kehidupan melalui peluang perniagaan jualan langsung.
Beliau sangat percaya bahawa kejayaan haruslah dikongsi bersama. Pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang pengurusan, jualan & promosi, pasaran antarabangsa, logistik dan kewangan menjadikannya satu aset yang berharga kepada XANGO dan membolehkannya meneraju syarikat dengan lebih bersemangat di seluruh Eropah.