- Syarikat
- Produk
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Goodness
- Hubungan
Log Masuk Pengedar
Hollister merupakan CEO sejak pelancaran XanGo pada 2002 hingga 2006 dan baru-baru ini beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah. Beliau juga merupakan seorang daripada enam LLC pengasas XanGo. Di bawah kendalian beliau, syarikat telah mencatat jualan keseluruhan melebihi angka 1 bilion dolar. Hollister bersama dengan rakan kongsi XanGo, Aaron Garrity telah dicalonkan sebagai peserta akhir anugerah 2006 Ernst & Young Entrepreneur of the Year. Sebagai Pengerusi Emeritus, Hollister berada di luar pejabat untuk membantu pengedar XanGo dan merangka strategi mengikut pertumbuhan agresif global. Beliau juga terus mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah, mencurahkan idea kepada rakan pengasas syarikat dan pasukan eksekutif.
Selepas tamat pengajian di Drake University, Hollister bekerja di firma perakaunan Ernst & Ernst (kini dikenali sebagai Ernst & Young), kemudian menyertai Merle Norman Cosmetics hingga dilantik sebagai Presiden dan COO. Dalam tempoh lima tahun, beliau membantu syarikat itu mencatat jualan yang memberangsangkan dari AS$60 juta kepada AS$250 juta, serta meningkatkan jumlah francais sebanyak dua kali ganda. Hollister kemudiannya menjadi presiden dan CEO MEI Salons, Inc. di Minneapolis, Minnesota. Selepas empat tahun, beliau memulakan Hollister Group, iaitu organisasi pemasaran yang membantu industri kecantikan dan fesyen.
Pada 1997, Enrich International mengambil Hollister sebagai Presiden dan CEO. Beliau bekerja dengan Aaron, Joe dan Gordon lalu membentuk semangat untuk mengubah faedah gaya hidup bagi pemasaran berangkaian.