Mengenai XANGO Goodness

Yayasan XANGO Goodness

Emel Cetak


Yayasan XANGO Goodness berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menyemai kesedaran sosial dan memobilisasikan sumber global XANGO untuk memberi, membantu dan memperbaiki keperluan komuniti yang memerlukan. Yayasan ini bukan sekadar menghulurkan bantuan kewangan - kami turut memperbaiki kehidupan orang lain.

Aspek yang paling menarik perhatian Yayasan XANGO Goodness adalah memperbaiki kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia dan memobilisasi bagi mengatasi masalah bencana dan krisis. Yayasan ini sangat aktif menyokong pelbagai aktiviti amal di seluruh dunia. Komitmennya termasuk derma dalam bentuk wang, penglibatan lembaga penasihat, program sukarelawan dan perkongsian dalam ekspedisi perubatan, pendidikan komuniti dan usaha kemanusian. Dari Asia hingga ke Amerika Selatan dan merentasi empat benua, rakan kongsi yang amat dihargai oleh Yayasan ini berkongsi misi dengan kami untuk “melibatkan diri.”

Rakan kongsi korporat, pengedar, pekerja dan pelanggan XANGO adalah dialu-alukan untuk meyumbang derma dalam bentuk wang bagi mengembangkan lagi kerja Yayasan XANGO Goodness; Yayasan ini didaftarkan sebagai satu pertubuhan amal 501(c)(3). Untuk maklumat lanjut tentang Yayasan XANGO Goodness, termasuk rakan kongsi amal dan projek semasa kami serta bagaimana hendak melibatkan diri, sila layari www.xangogoodness.org

 
 
 
©2017 DBC, LLC