- Syarikat
- Produk
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Goodness
- Hubungan
Log Masuk Pengedar
Larry Macfarlane menyertai XanGo pada Januari 2009 untuk mengetuai penjenamaan berstrategik dan strategi pemasaran yang akan membantu syarikat ini untuk terus meningkatkan penguasaan pasaran globalnya dan memberikan sokongan padu kepada kejayaan yang dicapai oleh satu juta orang pengedarnya. Tugas beliau adalah untuk menyelia pemasaran Laman Web XanGo, kreatif, perhubungan awam dan disiplin-disiplin pemasaran jenama.
Sebagai seorang guru dan peniaga global yang sangat berkaliber, Larry membawa bersamanya kira-kira 25 tahun pengalaman perniagaan yang mempunyai reputasi untuk membangunkan dan memacu kejayaan daya usaha perniagaan dan pemasaran global. Pengalamannya yang lepas termasuklah empat tahun sebagai Presiden Bahagian di Nu Skin Enterprises, yang mana beliau bertanggungjawab mengembangkan peluang-peluang untuk pengedar baru dan meningkatkan nilai jenama. Baru-baru ini, beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Pemasaran dan mengetuai semua aspek dalam bidang pemasaran untuk MontaVista Software di Silicon Valley.
Berbekalkan pengalaman dan kemahiran strategiknya, Larry menumpukan perhatian pada usaha-usaha pemasaran XanGo yang menekankan peluang unik Xango untuk merekrut, mengukuhkan budaya syarikat dan membangun serta melancarkan ciptaan baru dan produk-produk penciptaan kategori yang akan terus meletakkan XanGo pada kedudukan yang jauh daripada persaingan.
Larry dan isterisnya mempunyai empat orang anak dan seorang cucu. Larry menggemari aktiviti luar rumah dan suka menghabiskan masa dengan alam semula jadi bersama-sama keluarganya.