- Syarikat
- Produk
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Goodness
- Hubungan
Log Masuk Pengedar
Michelle Wilson merupakan Penasihat Undang-undang Am XanGo. Beliau menyertai syarikat ini pada September 2005.
Jabatan Perundangan XanGo bertanggungjawab melindungi syarikat dan jenamanya yang berada dalam pasaran di seluruh dunia. Selama 4 ½ tahun yang lalu, Michelle telah memainkan peranan utama dalam membantu mengembangkan dan melaksanakan strategi perundangan yang efektif sehingga XanGo melancarkan produk baru dan berkembang luas ke dalam pasaran antarabangsa yang baru.
Sejak menjawat jawatan Penasihat Undang-undang Am XanGo pada musim luruh 2008, Michelle terus menunjukkan kepimpinannya yang kuat dan memberikan nasihat yang strategik kepada ahli lembaga dan eksekutif XanGo. Beliau juga merupakan seorang ahli yang dihormati oleh pasukan pengurusan eksekutif XanGo kerana memberikan nasihat berguna dalam usaha XanGo mengembangkan dan melaksanakan strategi pertumbuhan global kami.
Selain daripada kepimpinannya di XanGo, Michelle juga merupakan ahli yang amat dihormati oleh komuniti perundangan Utah. Beliau merupakan Ahli Lembaga Mountainwest dalam Persatuan Penasihat Korporat, dari 2007-2008. Di samping itu Michelle juga berkhidmat sebagai Gabenor Huntsman di Fourth District Judicial Nominating Commission, di mana pelantikan calon untuk jawatan kehakiman di Fourth Judicial District dibuat. Beliau telah membawa bersama 16 tahun pengalaman perundangan dengan 10 tahun berkhidmat dengan syarikat swasta sebagai wakil bersekutu dan rakan kongsi di Aldrich, Nelson, Weight, & Esplin ke XanGo.