- Syarikat
- Produk
- Sains
- Peluang
- Mesyuarat & Acara
- GO Magazine
- Goodness
- Hubungan
Log Masuk Pengedar
Nate Brown merupakan Ketua Pegawai Kewangan XanGo. Beliau telah bersama syarikat ini sejak 2004, dan telah memegang beberapa jawatan eksekutif penting yang membolehkan perkembangan pesat XanGo di peringkat antarabangsa.
Nate telah ditugaskan menyelia jabatan kewangan dan perakaunan global XanGo. Beliau turut memacu strategi perkembangan global syarikat yang berkaitan pengeluaran, pengedaran dan Teknologi Maklumat. Beberapa tahun yang lepas, Nate telah memainkan peranan penting dalam membina sistem kewangan syarikat dan menetapkan peraturan bagi rangkaian pembekal XanGo untuk memastikan produk XanGo berkualiti tinggi. Selain itu, beliau telah bertanggungjawab terhadap pertumbuhan berterusan XanGo dengan menyediakan penghantaran tepat pada masa kepada pelanggan globalnya ke lebih daripada 25 pusat operasi yang merentasi beberapa benua. Beliau juga telah memimpin jawatankuasa strategik yang mempengaruhi setiap aspek pertumbuhan XanGo terutamanya dalam struktur antarabangsa korporat.
Nate memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Perakaunan. Nate mempunyai lebih daripada dua belas tahun pengalaman bekerja dengan firma perakaunan, percukaian, perundingan, dan kewangan antarabangsa yang besar, seperti Arthur Andersen, KPMG dan Fidelity Investments. Beliau juga gemar berluncur ais, berbasikal, memanjat bukit dan bermain bola sepak dengan keluarganya.