Robert Conlee, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Emel Cetak


Robert Conlee

Robert Conlee ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif XanGo. Beliau menyertai syarikat ini mulai Oktober 2008.

Robert mula menimba pengalaman mengurus dan menjadi eksekutif dalam industri jualan langsung pada 1990, Beliau banyak menghabiskan masa bekerja di Nu Skin Enterprises. Antara tanggungjawab yang digalas termasuk menjawat jawatan Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran serta Ketua Pegawai Operasi di bahagian pemakanan Phamanex yang menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan keuntungan tahunan Nu Skin. Robert juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Nu Skin Jepun, yang menjadi pasaran terbesar Nu Skin dan Presiden-Wilayah Asia Utara, di mana beliau bertanggungjawab membawa masuk jualan tahunan lebih AS$600 juta dan bekerja dengan dengan beribu-ribu pengedar aktif.

Robert memperoleh ijazah MBA dari Temple University dan BA dalam bahasa Jepun dari Brigham Young University. Robert berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah untuk JDSA, ahli yang layak mengundi bagi American Chamber of Commerce di Jepun dan baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai lembaga penasihat kepada kerajaan tempatan. Beliau dan isterinya, Stephanie dikurniakan empat orang anak. Untuk menghabiskan masa lapang jika tidak bekerja, Robert gemar bermain golf, luncur air dan ski.

 
 
©2010 DBC, LLC