XANGO Login
Scott Smith menyertai XANGO pada Januari 2006. Beliau membawa bersama pengalaman dan kepimpinan yang bertahun-tahun dalam pemasaran berangkai, pembangunan perniagaan dan teknologi maklumat. Tumpuannya sekarang adalah untuk memastikan perkembangan XANGO di Amerika Utara dan membantu para pengedar mencapai matlamat kesihatan, kesejahteraan, kejayaan dan gaya hidup mereka.
Scott telah bekerja dengan tekun untuk memupuk budaya XANGO dengan jayanya sebagai seorang pemimpin di Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan, Perkhidmatan Elit, Pengiktirafan, Acara, Penyelidik Pasaran, Latihan Pengedar dan Teknologi Maklumat sebelum ini.
Dengan usaha dan sifat pemurahnya, Scott telah berkhidmat sebagai ahli lembaga dalam Yayasan XANGO Goodness, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan XANGO untuk memobilisasikan sumber globalnya untuk memperbaiki kehidupan orang lain.
Scott mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Tingkah Laku Organisasi dan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Brigham Young. Scott dan isterinya, Marsha mempunyai empat orang anak. Pada masa lapang, Scott gemar menghabiskan masa bersama keluarga untuk aktiviti sukan ekstrem di tempat seperti Moab, Utah.