
Ditemui khususnya di Asia Tenggara, buah manggis (Garcinia mangostana) mempunyai kulit ari yang berwarna keungu-unguan, (atau kulit), isi putih yang berair (empat hingga lapan ulas) dan biji (satu hingga lima). Manggis adalah satu daripada sumber semula jadi xantona yang paling hebat dan kulit ari adalah bahagian buah yang mengandungi kepekatan xanton yang paling tinggi.
Untuk berkurun-kurun lamanya, dukun-dukun tradisional telah menggunakan manggis. Buah manggis digemari kerana ciri-ciri penyembuhan tradisionalnya, dan rasa manggis yang sungguh enak menjadikannya anugerah yang sungguh istimewa.

