Sila naikkan taraf Flash player andadi sini atau anda boleh melepasi pengesanan.

Halaman Utama XanGo
corak

Sejarah Manggis oleh XanGo, LLC

Untuk berabad-abad lamanya, budaya dan masyarakat berbeza Asia Tenggara telah memandang tinggi terhadap kemujarabanmanggis. Digemari untuk perisanya yang hebat, buah manggis - terutamanya kulitnya yang sarat dengan xanton - juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat cirit darah, cirit-birit, dan jangkitan salur kencing. Seawal Tahun Masihi 600, jurutulis di Asia Tenggara telah mencatat kegunaan manggis sebagai penawar umum dan agen penyembuhan. Dukun telah menghasilkan larutan teh buah manggis untuk mengawal demam dan mencegah setiap jenis jangkitan. Mereka juga telah menyediakan tuam untuk merawat ekzema dan gangguan/luka kulit yang lain. Manfaat awal manggis bukan sahaja meluas malah menyakinkan juga. Malahan ada legenda yang mengisahkan mengenai Ratu Victoria yang menawarkan anugerah kesateriaan kepada sesiapa yang dapat membawakannya buah manggis dalam bentuk asalnya. Malangnya, tiada sesiapa pun yang berjaya. Mengekalkan kesegaran buah manggis di sepanjang perjalanan yang memakan masa berminggu-minggu lamanya agak mustahil, maka ini telah menghalang sesiapa yang berada jauh dari kawasan pertumbuhannya menikmati kelazatan buah manggis. Namun, terima kasih atas pencarian Ratu yang mengagumkan, buah tersebut mendapat jolokan, "Ratu Buah-buahan," satu nama yang masih digunakan oleh penggemar manggis di seluruh muka bumi.

XanGo®

XanGo (terbit dari perkataan XANthone dan manGOSTEEN) adalah makanan tambahanjus manggis, asli yang pertama, pencipta kategori yang sebenar. Hari ini, wawasan Joe Morton telah menjadi kenyataan. Penyelidikan manggis yang sedia ada telah disahkan oleh beribu-ribu akaun individu di berpuluh-puluh negara. Rumusan buah manggisJus XanGo® menyediakan pelbagai khasiat tambahan yang penting, termasuk ciri-ciri bahan antioksida yang kuatxanton- satu keluarga fitonutrien yang bertenaga yang terkandung dalam kulit ari buah manggis dalam jumlah yang besar.


Kenali Manggis

Kisah XanGo mudah lagi ringkas - Ia bermula dengan seorang lelaki dan sebuah kafe, tetapi...ia tidak berakhir di situ. Dan itulah bahagian kisah yang paling menarik.

Joe Morton telah pelajari ada sesuatu di luar sana, sesuatu yang bakal mengubah konsep makanan tambahan yang berkhasiat. Beliau telah puas mencari di semua pasar serta taman di luar bandar. Beliau pernah melihat produk baru yang menggemparkan sebelum ini - seperti lidah buaya, lada pedas, echinacea - dan sedar bahawa revolusi yang berikutnya akan berlaku tidak lama lagi. Dan, ketika beliau duduk di sebuah kafe terbuka di rantau Asia Tenggara, Joe telah temui apa yang dicari-carinya. Cuma ia tidak seperti yang dijangkakannya. Pelayan telah menghidangi beberapa jenis buah berlainan, dan salah daripadanya adalah buah manggis yang digemari ramai. Rasanya sungguh enak dari mula hingga ke akhir. Manis, namun tidak keterlaluan. Halus, namun tetap menarik minat. Ia tak dapat dihuraikan dan mengundang pemerhatian yang lebih teliti. Ia telah membangkitkan minatnya, lalu Joe menanya tentangnya. Dan jawapannya datang bertimbun-timbun. Manggis (Garcinia Mangostana) adalah keajaiban dwikuasa, paduan rasa yang hebat dengan manfaat pemakanan. Tarikan kuasa eksotiknya membuatkan Joe tidak lena tidur, dan Joe serta-merta sedar akan potensi buah manggis. Dimarakkan oleh keinginannya untuk berkongsi manggis dengan seluruh dunia, Joe mula mencari maklumat. Beliau mendapatkan kemahiran penyelidikan ahli profesional perubatan. Dan menemui bertimbun-timbun penyelidikan sokongan tentang manggis, xanton, danantioksida.. Malahan, hasil cariannya mejangkaui sikap optimistik semula jadi Joe sendiri. Dan, dengan berdekad-dekad penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan, Joe tahu bahawa inilah masanya untuk dunia pelajari tentang Ratu Buah-buahan, iaitu buah manggis.


corak