XanGo, LLC, telah ditubuhkan oleh satu pasukan eksekutif inovatif yang komited dalam menerajui kategori ini dengan produk manggis yang terbaik di dunia. Gabungan visi, tumpuan produk, pengalaman industri, kepintaran perniagaan dan celik tentang komunikasi telah memacu syarikat ini menjadi salah satu daripada jenama global yang berkembang paling pesat dalam pasaran.
Joe Besi

Joe Morton, presiden hubungan pengedar dan antarabangsa
Joe Morton menyifatkan perniagaan bagaikan triatlon Lelaki Besi: Joe tidak pernah berhenti. Dalam pelbagai peranan dengan syarikat berjuta-juta dolar, beliau menukarkan pasaran yang lemah dan menggandakan perniagaan mereka sebanyak 400%. Kenapa? 'Kerana Joe adalah lelaki yang bekerja kuat dan tak pernah berpuas hati dengan kebiasaan. Itulah sebabnya.
Super G

Gordon Morton, presiden jualan dan pemasaran
Dari sukan meluncur hingga ke perniagaan, tiada apa pun yang dapat mengatasi pengalaman yang sebenarnya. Dan Gordon Morton telah melalui kesemuanya. Pengalaman Gordon sebagai seorang pengedar sepenuh masa dan korporat yang kuat memberikannya kemahiran dan kepandaian untuk menjalankan perniagaannya dengan cekap dengan sentiasa bertumpu kepada sasarannya.
(Clark) Kent

Kent Wood, presiden
Sesetengah wira gagah memang hebat. Yang lain pula memang luar biasa kekuatannya. Dan sesetengahnya pula memiliki keupayaan mental yang sungguh mengagumkan. Di sebalik asuhan Idaho tersembunyi kehandalan dalam bidang perniagaan dan senyumannya menampakkkan penguasaannya. Selaku pakar kewangan, Kent arif dengan selok-belok membangunkan, menyenggara dan mengembangkan sebuah industri gergasi. Beliau bagaikan wira gagah dalam menjalankan perniagaan dengan kesempurnaan sahabat sesahsiah...yakni tanpa kaca mata tebalnya.
Diplomat

Bryan Davis, Naib Presiden Eksekutif, perhubungan antarabangsa
Kontrak-kontrak antarabangsa yang bernilai berbilion ringgit? Periksa. Hubungan dan pengalaman global? Periksa dan periksa. Komitmen untuk menyumbang kepada masyarakat tempat kita berkhidmat? Periksa tiga kali. Bryan Davis menjalin hubungan. Alat-alatnya: sebuah syarikat yang mewujudkan kategori melalui akar umbinya yang menyediakan, rancangan perniagaan yang kukuh, kepintaran, perjanjian yang erat dan senyuman yang menawan hati. Sama ada bermesyuarat dengan para pegawai kerajaan ataupun mendapatkan sokongan pengaruh utama, Bryan cekap bertindak sebagai duta tempatan XanGo.
Aaron (dengan huruf besar "A")

Aaron Garrity, Ketua Pengawai Eksekutif (CEO)
Kebanyakan dari kita bertungkus-lumus menghadiri kelas pada awal pagi dan sering ponteng beberapa ujian di zaman universiti kita. Aaron Garrity, sebaliknya, menamatkan Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Kedoktoran Undang-undang (sungguh mengagumkan sebagaimana bunyinya) dalam Undang-undang Antarabangsa - pada masa yang sama. Ditambah dengan 10 tahun pengalaman dalam industri gergasi, tidak hairanlah bahawa ketika ini Aaron berada di pucuk pimpinan salah sebuah syarikat pemasaran rangkaian yang paling pesat membangun dalam sejarah.
Panggil saja beliau, Gary

Gary Hollister, pengerusi
Visi yang tidak pernah gentar. VITAE kurikulum yang tiada bandingannya. Pukulan golf yang membuatkan air mata tergenang. Gary Hollister sememangnya seorang lelaki yang penuh wawasan: Sebagai presiden dan Ketua Pegawai Operasi Merle Norman Cosmetics, Gary telah menggandakan bilangan gedung dan meningkatkan jualan hingga ke $250 juta. Keupayaan luar biasanya dalam mengguna pakai setiap peluang yang ada - dan membayangkan apa yang boleh dibuat dengannya - membuatkannya dikecualikan dari sebarang gelaran pelik dan menonjolkan Gary pada asasnya sebagai pemimpin ideal.


