
Siapakah yang mendapat tempat ketiga dalam kejohanan hoki Olimpik tahun 1980? Siapakah orang kedua yang menjejakkan kaki ke bulan? Siapakah yang mengikut Sir Edmund Hillary ke puncak Gunung Everest? Anda mungkin dapat menyebut nama beberapa naib johan, tetapi malangnya kebanyakan daripada mereka telah dilupai. Itulah hakikatnya: Menjadi nombor satu sentiasa disanjungi.
Pencipta kategori yang sebenar dan peneraju pasaran seluruh dunia, XanGo, LLC, tahu apa yang perlu dilakukan agar kekal di kedudukan teratas. Syarikat ini memperkenalkan inovasi ke dalam setiap langkah dan memupuk budaya yang didorong oleh kemajuan. "Goncanglah!" adalah lebih daripada saranan sebelum minum - ia adalah suatu cara hidup.

