Penafian Mengenai Produk
maklumat dan penyataan mengenai produk syarikat bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. maklumat yang diberikan hanya untuk tujuan maklumat dan bukan bermaksud untuk menggantikan nasihat yang diberi oleh pakar perubatan anda atau lain-lain ahli perubatan profesional. Anda tidak seharusnya menggunakan maklumat yang terkandung di dalam ini untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit, atau mempreskripsikan apa-apa rawatan perubatan. Anda hendaklah baca dengan teliti semua maklumat pada bungkusan produk. Sekiranya anda mengalami atau mengesyaki bahawa anda mengalami masalah perubatan, segera hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda.
Penafian Mengenai Web
semua pengguna bersetuju bahawa semua akses dan penggunaan www.xangosteen.com adalah atas risiko anda sendiri. xango, llc, dan/atau pembekalnya (Syarikat) tidak membuat apa-apa pernyataan tentang kesesuaian maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini dan grafik berkaitan yang diterbitkan di pelayan ini untuk apa-apa tujuan. semua dokumen sedemikian dan grafik berkaitan disediakan "dalam keadaan sedia ada" tanpa apa-apa waranti seumpamanya. Syarikat dengan ini menafikan semua waranti dan syarat yang berkaitan dengan maklumat ini, termasuk semua waranti dan syarat kebolehniagaan tersirat, kesesuaian bagi tujuan tertentu, hak dan tidak adanya pelanggaran. syarikat dan/atau pembekal masing-masing tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kerosakan khusus, langsung atau lanjutan atau sebarang kerosakan apa sahaja akibat dari hilang penggunaan, data atau keuntungan, sama ada dalam tindakan menurut kontrak, kelalaian atau lain-lain tindakan jenayah, akibat atau berhubung dengan penggunaan atau prestasi maklumat tersedia dari pelayan ini. dokumen dan grafik berkaitan yang diterbitkan pada pelayan ini mungkin mempunyai ketidaktepatan dari segi teknikal atau kesalahan tipografi. perubahan akan dibuat kepada maklumat di dalam dokumen ini secara berkala. Syarikat dan/atau pembekal masing-masing mungkin membuat pernambahbaikan dan/atau perubahan dalam produk yang diterangkan di dalam dokumen ini pada bila-bila masa. Suatu pautan ke tapak pihak ketiga pada tapak web ini akan membolehkan anda meninggalkan tapak web Syarikat. tapak pautan tersebut tidak berkaitan dengan atau di bawah kawalan Syarikat dan Syarikat tidak bertanggungjawab atas kandungan bagi mana-mana tapak pautan atau mana-mana pautan yang terkandung dalam tapak pautan tersebut. Syarikat menyediakan pautan ini bagi anda hanya sebagai suatu kemudahan, dan pemasukan mana-mana pautan tidak menandakan sokongan oleh Syarikat tapak tersebut.
di Syarikat ini, kami komited dalam melindungi privasi anda dan mahu anda rasa selesa semasa menggunakan tapak web kami. Kami tidak sama sekali akan jual, perdagangkan, sewakan, dedahkan atau berikan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi terhadap diri anda, kepada mana-mana pihak ketiga dengan sengaja, tanpa mendapatkan keizinan anda terlebih dahulu, kecuali apabila kami percaya dengan ikhlas bahawa ia dituntut oleh undang-undang atau untuk melindungi hak atau harta Syarikat.
Syarikat boleh membuat perubahan kepada bahan-bahan pada tapak ini, atau pada produk dan harga yang diterangkan, pada bila-bila masa tanpa memberi notis. bahan-bahan pada tapak ini mungkin telah lapuk, dan Syarikat tiada tanggungan untuk mengemas kini bahan-bahan pada tapak ini. maklumat yang diterbitkan pada tapak ini mungkin merujuk kepada produk, program atau perkhidmatan yang dimaksudkan untuk penggunaan dalam negara tertentu sahaja dan mungkin tidak boleh digunakan atau disandarkan pada mana-mana negara lain. undang-undang yang diguna pakai mungkin tidak membenarkan pengetepian waranti tersirat, oleh itu pengetepian di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda. Syarikat berhak, bergantung sepenuhnya kepada budi bicara syarikat, untuk menamatkan akses anda kepada mana-mana atau semua tapak web Syarikat dan perkhidmatan berkaitan atau mana-mana bahagiannya pada bila-bila masa, tanpa memberi notis. Syarikat boleh mengubah terma ini pada bila-bila masa dengan mengemas kini pengumuman ini. anda hendaklah lawati halaman ini dari masa ke semasa untuk mengkaji terma-terma terkini kerana anda terikat terhadapnya. peruntukan tertentu terma-terma ini boleh digantikan dengan notis undang-undang yang dinyatakan dengan jelas atau terma yang terdapat pada halaman tertentu di tapak ini. maklumat pada laman web ini mungkin mengandungi kesilapan teknikal atau kesalahan tipografi.
perjanjian ini dikawal atur oleh undang-undang negeri Utah, A.S. dengan ini anda bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif dan lokasi mahkamah di daerah Salt Lake, Utah, A.S., dalam semua pertikaian yang timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan tapak web Syarikat. penggunaan tapak web Syarikat tidak disahkan dalam mana-mana bidang kuasa yang tidak menjejas semua peruntukan terma dan syarat, termasuk tanpa mengehadkan perenggan ini. anda bersetuju bahawa tiada hubungan usaha sama, perkongsian, pengambilan untuk kerja, atau agensi yang wujud antara anda dan Syarikat hasil dari perjanjian ini atau penggunaan laman web Syarikat. prestasi Syarikat bagi perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang dan proses undang-undang yang sedia ada, dan tiada apa-apa yang terkandung dalam perjanjian ini yang menjejaskan hak Syarikat untuk mematuhi keperluan atau permintaan kerajaan, mahkamah dan penguat kuasa undang-undang, berkaitan dengan penggunaan laman web oleh anda atau maklumat yang disediakan atau dikumpulkan oleh Syarikat merujuk kepada penggunaan sedemikian. jika mana-mana bahagian perjanjian ini dikenal pasti sebagai tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan menurut undang-undang yang diguna pakai termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penafian waranti dan had tanggungan yang dikemukakan di atas, kemudian peruntukan tidak sah atau yang tidak dapat dikuatkuasakan dianggap digantikan oleh peruntukan sah, boleh dikuatkuasakan yang paling sesuai dengan tujuan peruntukan asal dan yang selebihnya dalam perjanjian akan terus berkuat kuasa. kecuali dinyatakan di dalam ini, perjanjian ini mewakili keseluruhan perjanjian antara pengguna dan syarikat merujuk kepada tapak web Syarikat dan ia mengganti semua komunikasi atau usul semasa atau terdahulu, sama ada dalam bentuk elektronik, lisan atau bertulis, antara pengguna dan Syarikat merujuk kepada tapak web tersebut. versi bercetak perjanjian ini dan apa-apa notis yang diberi dalam bentuk elektronik boleh diterima dalam tindakan undang-undang kehakiman atau pentadbiran berdasarkan atau berkaitan dengan perjanjian ini kepada takat yang sama dan tertakluk pada keadaan yang sama seperti dokumen dan rekod perniagaan lain yang asalnya dihasilkan dan disenggarakan dalam bentuk bercetak.
sebagai syarat penggunaan tapak web ini, anda memberi jaminan kepada Syarikat bahawa anda tidak akan menggunakan tapak web ini untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh terma, syarat dan notis ini. anda tidak boleh menggunakan tapak web ini dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebani atau melemahkan tapak web ini atau mengganggu penggunaan dan kenikmatan mana-mana pihak terhadap tapak web ini. anda tidak boleh mendapatkan atau cuba mendapatkan apa-apa bahan atau maklumat melalui apa-apa maksud yang tidak tersedia atau disediakan dengan sengaja melalui tapak web. terserah kepada anda untuk mengambil langkah berhati-hati untuk memastikan bahawa apa sahaja yang anda pilih untuk kegunaan sendiri adalah bebas dari apa-apa item seperti virus, cecacing komputer, trojan horse dan lain-lain item bersifat pemusnah. Syarikat tidak sekali-kali bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak atau apa-apa kerosakan akibat dari apa-apa penggunaan tapak web ini secara langsung, tidak langsung, khusus atau lain-lain, atau pada mana-mana tapak web hiperpautan, termasuk, tanpa had, apa-apa kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan, kehilangan aturcara atau data lain dalam sistem pengendalian maklumat anda atau sebaliknya, walaupun kami telah diberitahu dengan nyata tentang kemungkinan kerosakan sedemikian.
semua hak cipta yang tidak diakui dengan nyata di dalam ini adalah dipelihara.
produk-pada dalam tapak www.xangosteen.com bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah apa-apa penyakit. maklumat dan pernyataan mengenai makanan tambahan diet tidak dinilai oleh pentadbir makanan dan dadah dan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah apa-apa penyakit. maklumat dalam tapak ini disediakan untuk tujuan maklumat dan bukan bermaksud untuk menggantikan nasihat yang diberi oleh pakar perubatan anda atau lain-lain perubatan profesional. anda tidak seharusnya menggunakan maklumat yang terkandung di dalam ini untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit, atau mempreskripsikan apa-apa rawatan perubatan. anda perlu baca dengan teliti semua maklumat pada bungkusan produk. sekiranya anda mengalami atau mengesyaki bahawa anda mengalami masalah perubatan, segera hubungi penyedia kesihatan anda.
Semua kandungan Tapak Web XanGo, LLC adalah: Hak Cipta © 2002-2007 XanGo, LLC, 3098 W Executive Parkway, Lehi, Utah 84043, U.S.A. Semua hak cipta terpelihara.