Pemasaran Berangkaian

Pemasaran Berangkaian

Emel Cetak


Pemasaran Berangkaian atau dikenali juga dengan Jualan Langsung atau Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) merupakan sistem perniagaan bertenaga dalam dunia moden hari ini, dan ia adalah model perniagaan yang dipilih oleh XANGO sejak dari mula lagi.

Kebebasan peribadi, hubungan antara manusia dan jati diri yang ditawarkan menjadikan ia sebagai pilihan semula jadi bagi mendidik dan berkongsi produk-produk utama berasaskan manggis kami.

Hari ini XANGO berdiri teguh dalam industri MLM, kejayaan yang tidak dapat disangkal lagi dan diperkukuh pula dengan produk bermutu tinggi. Pemasaran Berangkaian ialah produk evolusi yang kukuh, berkembang pesat mengatasi model perniagaan sedia ada yang mengenepikan penggunaan orang tengah, penjual semula dan unsur-unsur yang berkaitan dengan mengambil keuntungan berlebihan. Dengan menyatukan pengilang dengan pemasar, MLM memastikan tiada percanggahan atau salah komunikasi yang boleh menyebabkan perniagaan ini jatuh.

Banyak kejayaan MLM ini datang dari kepelbagaiannya, yang mana model perniagaan keusahawanan ini amat sesuai untuk meliputi pelbagai industri dan budaya. XANGO telah mengambil kesempatan ke atas kepelbagaian itu dengan menyesuaikan saluran, syarikat jualan langsung yang memiliki perancangan pemberian semula paling adil dan membahagikan sama rata 50/50 di antara jentera korporat dengan jentera pengedar.

Sejarah Makanan Kesihatan

Sejarah perhubungan di antara pemasaran pelbagai peringkat dengan produk pemakanan telah wujud sejak abad ke-20 lagi, yang mana kebanyakan penemuan produk-produk utama dalam industri kesihatan dibangunkan oleh syarikat-syarikat MLM.

XANGO meneruskan tradisi itu yang mana Pengasasnya iaitu adik beradik Joe dan Gordon Morton sebenarnya telah membesar dalam dunia MLM. Ibu bapa mereka merupakan antara pengasas dunia jualan langsung, menunjukkan rasa hormat kepada perubatan dan kuasa pertolongan semulajadi, serta nilai-nilai kejujuran, iaitu pemasaran dari mulut ke mulut. Jor dan Gordon memilih model MLM untuk XANGO kerana tidak ada cara yang paling sesuai untuk memberitahu orang ramai mengenai sesuatu yang baru. Hanya pemasaran berangkaian yang paling sesuai untuk membolehkan orang bercakap dengan orang lain. XANGO mempunyai cerita menakjubkan, oleh itu pendekatan paling baik untuk memberitahu orang lain dengan dengan cara bersemuka. Dengan cara itulah maka wujudnya pemasaran berangkaian.

Pengedar XANGO bertindak sebagai kontraktor bebas, tapi mempunyai kelebihan untuk memiliki rangkaian sendiri.

 
 
 
©2017 DBC, LLC