Glimpse Skin Care

Falsafah Jenama Glimpse™ Skin Care

Emel Cetak


Glimpse® Topical Skin Nutrition sedang mencipta kategori untuk pemakanan kulit topikal yang dihasilkan daripada manggis. XANGO menemui satu sumber penting jauh di antara kulit hitam buah manggis yang sungguh kaya dengan khasiat semula jadi. Didorong oleh penemuan itu, perintis sains, dan keputusan yang didorong oleh prestasi, XANGO telah mencipta satu kategori ... yang lain pasti menyusul.

Manggis itu memiliki seribu rahsia, anti penuaan adalah satu daripadanya! Kami telah meneroka ke keseluruhan buah manggis dan mendapati banyak bahan yang diperkaya oleh xanthone paling halus. Hasilnya adalah satu formula tersendiri yang eksklusif untuk Glimpse Skin Care, dikenali sebagai BioActive X3 Complex®. Campuran tiga kompleks eksklusif xanthone yang masih menunggu paten menjadi komponen utama di dalam formula ciptaan kami.

Menerusi gabungan teknik-teknik tradisional dan maju, teknologi khusus dari Jepun, BioActive X3 Complex telah ditingkatkan dengan air manggis, biofermentasi dan pemprosesan sejuk bagi mengekalkan dan mengukuhkan potensi pelbagai khasiat didapati daripada manggis. Dalam pada itu, Glimpse Skin Care adalah intuitif, bercirikan formula yang mampu menyesuaikan sendiri ke atas keperluan kulit anda yang sentiasa berubah-ubah. Lebih kerap anda menggunakan Glimpse Skin Care, maka lebih baik hasilnya. Penjagaan saintifik dan pemerhatian kepada keterperincian memastikan prestasi pemakanan kulit yang dipadankan dengan keselamatan terbaik dan ketulenan luar biasa.

Bersandarkan kepada khasiat buat manggis, XANGO mencipta satu standard baru dan dijamin tidak membahayakan. Ia mengikut garis panduan standard kimia hijau yang ketat dan menandatangani piawaian Compact for Safe Cosmetics, untuk memastikan pemakanan kulit berasaskan prestasi itu bebas daripada bahan toksin berbahaya.

Sertailah pergerakan ini. Binalah dunia kita menjadi satu tempat yang lebih baik, lebih selamat dan lebih sihat untuk anda dan alam sekitar. Ia adalah satu paparan kepada satu permulaan baru.

Sila lawati bahagian Sumber-sumber Pengedar untuk mendapatkan alat bantuan dan pindah turun Glimpse Skin Care.

 
 
 
©2017 DBC, LLC