Kisah Joe

Emel Cetak


Kebanyakan orang menghabiskan seluruh hidupnya mencari-cari sesuatu: untuk kesihatan, untuk inovasi, untuk kebebasan. Selebihnya berlaku secara tidak sengaja. Bagi kebanyakan kita, ia adalah satu gabungan ketekunan dan peluang—bertahun-tahun penjelajahan— yang akhirnya menuju kepada satu penemuan yang bermakna.

Joe Morton menetap di Asia ketika beliau menemui manggis, secara kebetulan. Ketika makan di sebuah kafé, Joe telah ditawarkan makanan tempatan, iaitu sebiji buah yang tidak pernah dilihat atau dirasa sebelum ini: manggis. Buah itu cair dalam mulutnya menghasilkan satu campuran perisa yang sukar digambarkan. Manis tetapi tidak keterlaluan, ia satu gabungan keseronokan tropika.

Dengan rasa sensasi buah berwarna putih yang masih berlarutan, Joe mula mengorek maklumat mengenainya, dan maklumat yang disampaikan memang banyak. Terkenal kerana ciri tradisinya, manggis telah digunakan berabad lamanya oleh orang asli dan budaya serantau. Di zaman dahulu, lapisan luarnya dituam dan dibuat teh. Selepas tertarik dengan kebaikan kuasa luar biasanya, Joe lantas mengiktiraf potensi buah manggis.

Ketika zaman kanak-kanaknya, bapa Joe mengawasi operasi syarikat Kanada yang mengusahakan perniagaan makanan tambahan manakala ibunya memiliki sebuah kedai herba. Beliau telah melihat penemuan penting produk sebelum ini dan menyedari revolusi yang akan datang melalui buah manggis.

Beliau menghubungi lelaki yang kemudiannya menjadi pengasas bagi XANGO, LLC. Mereka menyelidik kajian manggis berdekad lamanya untuk menjadikan wawasan mereka kepada satu minuman luar biasa. Halaman demi halaman dalam penyelidikan yang terperinci menemui faedah-faedah manggis pada keseluruhan buahnya. Fakta tersebut sangat memberangsangkan.

Menyepadukan keseluruhan faedah pemakanan buah itu dan rasa yang tiada tandingannya, syarikat itu mengetengahkan formula jus XANGO® Juice. Produk yang menjadi kemegahan ini membuka pasaran baru dengan dunia kini lebih daripada bersedia untuknya. Ia menawarkan manggis tulen—termasuk legenda rasanya—dalam satu minuman menyegarkan, XANGO® Juice akhirnya membuka satu peluang tepat pada masanya.

 
 
 
©2017 DBC, LLC