Pokok Manggis

Pokok Manggis

Emel Cetak


Ketika ia dibayangi nama buah mangga yang dikenali ramai, manggis dan pokoknya seharusnya tidak dikelirukan dengan buah yang popular itu. Pokok yang mengeluarkan buah manggis ini, nyata seunik buahnya.

Berikut adalah beberapa fakta ringkas yang menyokongnya:

  • Tumbuh 20 hingga 80 kaki tinggi.
  • Kulitnya berwarna coklat tua (hampir hitam).
  • Daunnya pendek, tebal dan keras serta bunganya sebesar 12” lebar yang berkembang berkelompok antara 3-9 di hujung dahannya.
  • Mengambil masa dua tahun atau lebih untuk sampai pada ketinggian 12”.
  • Dipercayai berasal dari kepulauan Sunda dan Molucca (di India Timur).
  • Hasil tuaian pertama mungkin hanya boleh dituai setelah 7-9 tahun selepas ia ditanam, tetapi hasil paling banyak dalam tempoh 10-20 tahun pertama.
  • Purata hasil pokok matang adalah 500 biji, bagaimanapun sesetengah pokok mengeluarkan sehingga 5,000 biji manggis yang ranum.
  • Sesetengah pokok boleh menghasilkan buah sehingga berusia 100 tahun.
  • Pokok manggis adalah "ultra tropika" dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40°F atau melebihi 100°F. Semua percubaan untuk menanam pokok di lokasi 20° latitud ke utara menemui kegagalan.
 
 
 
©2017 DBC, LLC