Air Manggis

Air Manggis

Emel Cetak


Formula Glimpse® tidak bermula dengan air biasa. Formula Glimpse dimulakan dengan satu-satunya air rendaman manggis yang unik. Proses ini melibatkan rendaman (seperti satu uncang teh dalam air) serbuk bahagian dalam manggis ke dalam air tulen gred USP. Ini membenarkan pemindahan khasiat pemakanan dalaman manggis yang tinggi itu ke dalam ramuan pertama dan menjadi asas bagi setiap formula. Setiap langkah membuat Glimpse melibatkan teknik yang sekian lama terbukti berjaya yang digabungkan dengan sains moden secara teliti.

Penggunaan tradisional manggis di Asia Tenggara dalam tempoh beberapa abad lalu merujuk kepada bahan dalaman manggis yang direndam dalam air dan dicampur semalaman untuk menjadikannya teh. Teh ini kemudiannya dihirup untuk memberi kebaikan secara dalaman, serta disapu secara luaran untuk kulit. Menghormati tradisi ini, Glimpse merendam bahan dalaman manggis dalam 100% air tulen, membentuk asas air manggis yang padat dengan khasiat. Eksklusif untuk Glimpse, asas air manggis ini mengukuhkan faedah pelbagai khasiat pemakanan keseluruhan buah berkenaan dan bertindak sebagai pembawa yang kaya dengan khasiat pemakanan yang apabila digabungkan dengan BioActive X3 Complex™, membantu meningkatkan pemakanan kulit kita secara ketara.

Pemprosesan sejuk sepanjang rumusan Glimpse terus melindungi integriti formula berkenaan, memelihara potensi semulaj adi pelbagai khasiat pemakanan manggis.

Air rendaman manggis dalam analisis in-vitro pihak ketiga didapati menyediakan sejumlah xanthone yang pekat, proanthocyanidin, catechin dan pelbagai khasiat pemakanan tumbuhan lain.* Anda boleh menikmati faedah kulit optimum daripada manggis dengan air rendaman manggis.

* RJ Analytical LLC , Air Rendaman Manggis – tinggi kandungan catechin, xanthone, epikatekin, procyanidin.

 
 
 
©2017 DBC, LLC