Kehadiran Bio dalam Xanthone

Kehadiran Bio dalam Xanthone

Emel Cetak


Tinjauan Kajian

Satu kajian peringkat awal dan praklinikal selama 28 hari untuk XANGO® Juice mengenalpasti kesediaan bio dalam xanthone bagi menentukan jumlah xanthone sebenar yang diserap badan dan laluan yang ditempuhnya. Kaedah analisis xanthone diperakui telah digunakan untuk mengukur kuantiti xanthone alfa manggis yang ditemui dalam plasma darah.

Para Penyelidik

Michael W Pugh , BS., Pengarah Jabatan Pembangunan Produk XANGO. Michael Pugh berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri produk semula jadi dan pada masa ini mengetuai penyelidikan dan pembangunan XANGO, LLC. Dengan kapasiti ini, Pugh telah melaksanakan kajian keselamatan, memulakan kerja analisis dan pengesahan, menubuhkan farmakokinetik dan menyelia semua kerja klinikal.

Charles River Laboratories, sebuah makmal praklinikal yang ditubuhkan pada 1947. Ia terkenal di seluruh dunia hasil model penyelidikannya dari segi keselamatan, farmakokinetik, dan kerja in-vitro. Ia menggaji 7,500 orang pekerja, termasuk 500 orang penyelidik yang memiliki PhD, MD dan DVM.

Kaedah-kaedah

Kaedah plasma yang diperakui menggunakan teknik LC MS / MS bagi mengenalpasti dan menjumlahkan alfa manggis dalam plasma. Analisis baru ini boleh menjumlahkan peringkat serendah 1 nanogram setiap ml (ng / ml).

Keputusan

Penyelidikan peringkat awal menunjukkan bahawa badan menyerap xanthone dalam sukatan rendah dan penggunaannya di peringkat yang sangat tinggi menyebabkan kecekapan penyerapan yang berkurangan. Tambahan pula, keputusan awal menunjukkan penggunaan harian untuk jangka panjang Jus XANGO meningkatkan tahap xanthone dalam darah.

Lebih spesifik, kajian itu menunjukkan perkara mengenai alfa manggis seperti berikut:

  • Dalam kira-kira 3.5 jam, xanthone telah diserap sepanjang penghadaman.
  • Perempuan mempunyai kadar penyerapan lebih baik daripada lelaki.
  • Penggunaan jangka panjang XANGO Juice menyebabkan kesan bebanan darah.
  • Alfa-manggis diserapkan dengan kaedah semulajadi, pada pengambilan dos yang rendah, seperti jumlah yang didapati dalam XANGO Juice.
  • Pada tahap tertinggi, kecekapan penyerapan xanthone berkurangan.

Kajian ini membenarkan satu asas yang kukuh untuk percubaan klinikal di masa hadapan. Selain itu, penemuan awal ini menunjukkan penambahan secara tiruan dengan ekstrak xanthone tidak menambahkan sebarang nilai.

 
 
 
©2017 DBC, LLC