Ukuran Xanthone

Ukuran Xanthone

Emel Cetak


Kesedaran dan penggunaan manggis telah meningkat di serata dunia, begitu juga dengan keperluan pemahaman yang lebih baik mengenai kepentingan pelbagai khasiat pemakanan tumbuhannya, iaitu xanthone. Apatah lagi, buah manggis memiliki sumber xanthone yang paling pekat.

Untuk menghasilkan pendekatan pantas, dan boleh dipercayai untuk mencari bahan xanthones secara semulajadi, penyelidik diminta membangunkan kaedah analisis yang boleh digunakan semula bagi menguji dan mengukur xanthone pada kulit buah manggis, Garnicia mangostana. Keseluruhan kulit manggis dipilih sebagai piawaian kerana faktor tindak balasnya adalah serupa dengan xanthone yang terhasil secara semula jadi.

Analisis Chromatography Cecair Berprestasi Tinggi (atau HPLC) yang diperakui oleh makmal berhubung xanthone terpilih dalam kajian buah manggis diterbitkan pada Jun 2007 dalam Jurnal Sains Pemisahan. Kajian tersebut menggunakan protokol-protokol AOAC. AOAC International adalah persatuan saintifik bukan bersifat keuntungan yang menetapkan kaedah-kaedah piawaian, membolehkan pengguna memperoleh keyakinan dalam keputusan yang didapati dari analisis saintifik.

Campuran acetone / air 80:20 digunakan untuk mengekstrak xanthone daripada kulit buah manggis kering. Sejumlah enam xanthone ditulenkan oleh persediaan HPLC, menggunakan sistem pelarut serupa dan pengesanan UV sebagai kaedah analisis. Setiap sebatian memperlihatkan spektrum penyerapan UV unik yang membolehkan pengenalpastian xanthone ditemui secara semula jadi dalam buah manggis.

Kajian berkenaan menghasilkan satu kaedah saintifik yang boleh dipercayai untuk menguji dan mengukur xanthone. Enam xanthone khusus telah dikenalpasti, dan faktor tindak balas relatifnya juga ditentukan. Walaupun tambahan xanthone masih dalam proses dikenalpasti dan diukur, penyelidikan ini memastikan pemasaran produk manggis yang lebih konsisten dan boleh dipercayai untuk pengguna memperoleh kandungan xanthone.

 
 
 
©2017 DBC, LLC