Xanthone

Xanthone

Emel Cetak


Antara pelbagai zat pemakanan tumbuhan didapati dalam kulit manggis, xanthone memiliki kelebihan tersendiri yang mengagumkan. Kajian saintifik mencadangkan xanthone boleh menggalakkan kesejahteraan manusia.

Xanthone Dalam Manggis

Para penyelidik telah mengenalpasti berdozen xanthone yang aktif secara biologi dalam buah manggis. Hari ini, penyelidik baru saja mula menemukan ciri saintifik yang cukup kuat di sebalik buah manggis.

Apa itu Xanthone?

Xanthone adalah:

  • Satu kelas unik sebatian biologi aktif yang memiliki pelbagai keupayaan bioaktif.
  • Kumpulan terhad untuk tumbuhan polyphenol, bahan biosintetik berkaitan dengan flavonoid.
    • polyphenol – sekumpulan bahan kimia tumbuhan yang dikenal pasti menerusi kehadiran lebih daripada satu kumpulan phenolic. Polyphenol bertanggungjawab untuk menghasilkan warna sesetengah tumbuhan.
    • flavonoid – lebih 5,000 flavonoid semula jadi telah dikenal pasti daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan. Kesan berfaedah makanan berasaskan tumbuhan itu sering diperolehi daripada sebatian flavonoid, berbanding khasiat lain yang dikenali, memandangkan ia menunjukkan pelbagai kesan biologi.
  • Dari sudut kimia, molekul karbon enam rangkaian dalam satu sistem jaringan mengandungi satu molekul tunjang dan pelbagai kumpulan kimia yang bersambung padanya. Tunjang berkenaan mengandungi dua gegelung benzena menerusi kumpulan karbonil dan oksigen. Setiap satu gegelung dihubungkan dalam satu pembentukan yang bergabung untuk tidak membenarkan putaran bebas di sekitar sambungan karbon-karbon. Tunjang yang unik ini, bersama-sama jenis dan kedudukan kumpulan bahan kimia yang bersambung itu menjelaskan fungsi (ciri-ciri) khusus xanthone.
 
 
 
©2017 DBC, LLC